Tuesday, 26 November 2013

Cendol Leman Dawi memang TERBAIK!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post kali ni aku nak cerita aktiviti kitorang selepas daripada ekspedisi mendaki gunung datuk (post sebelum ni). Bayangkan lepas dah penat mendaki tu..badan terasa letih dan penat..memang terbaik kalau tekak dapat rasa benda sejuk..afuhh..nyamannn...

Ok straight to the point...aku nak cerita berkenaan CENDOL...yeaa cendol.Sebenarnya dalam perjalanan nak ke gunung datuk, kawan aku ada cerita pasal cendol leman dawi. Kawan aku kata sampai masuk majalah 3. Yang istimewanya si hamba Allah ni (Leman Dawi) boleh bercerita mengenai keluasan kawasan, kepadatan penduduk dan sebagainya. Memang terkejut aku dengar pasal ni. So kitorang dah decide nak singgah cendol leman dawi lepas mendaki gunung.

Aku ni memang suka merasa benda yang special yang ada kat sesuatu tempat. So jom kita terjah..

Inilah rupa bentuk kedai cendol leman dawi ni..sesak gak bila sampai-sampai tu. Perjalanan mengambil masa dalam 15 min dari gunung datuk. Keistimewaan tempat ni bukan saja dapat dengar dan tengok skil encik leman dawi ni berceloteh pasal sejarah dan geografi malaysia, tapi cendol yang kita beli boleh ditambah dengan percuma...apa??!! percuma??!! yess..percuma hehe

Bila sampai je kat situ, kami tak cari meja dulu tapi pegi cari cendol dulu hahaha sebab kawan aku kata cendol dia kadang-kadang leh habis. Kami pun apa lagi...CENDOL PULUIK SATU!!

 Haa..lepas dah dapat tempat duduk n layan cendol tu...emm nyam nyam...tiba-tiba ada dengar suara seorang pakcik yang tak berhenti cerita pasal sejarah Malaysia. Memang mulut ternganga, mata tengok pakcik tu tapi tangan tak berhenti suap cendol dalam mulut hehe. Kami kagum dengar pakcik tu cerita.

Pakcik yang aku cerita ni namanya Leman Dawi, sama nama dengan kedai cendol ni. Cara pakaian macam askar dan ada name tag kat apron En Leman Dawi ni, Rasanya kami je yang layan En Leman Dawi ni. Kitorang tanya macam-macam soalan kat En Leman Dawi ni sebab nak tau banyak benda eheh. Maklumler SPM dapat sejarah teruk.

Gambar kat atas ni kawan aku syawal jufri, bertanyakan mengenai Taiping tapi En Leman Dawi ni cerita pasal Taiping macam dah takde noktah. Lepas je En Leman Dawi ni terangkan pasal Taiping, dia siap tunjuk bukti apa yang dia ceritakan tu. Memang sejibik! fakta yang dia cerita tu.

Yang ni pulak, Zharif Ghazali bertanyakan pasal Gombak. Hehe disebabkan kitorang je yang banyak tanya, En Leman Dawi banyak bercerita dengan kitorang. En Leman Dawi ni memang friendly and banyak ilmu tentang sejarah dan geografi yang dia tau. Terasa kagum dengan makhluk ciptaan Allah ni.

Kalau nak tengok sedikit sedutan En Leman Dawi kita ni bercerita pasal sejarah gombak, klik video kat bawah ni . Video ni aku rakam masa En Leman Dawi cerita mengenai gombak. Korang leh tengok kepetahan En Leman Dawi dalam video ni:


Nilah buku En Leman Dawi yang aku maksudkan tu. Selepas je En Leman berceloteh pasal fakta sejarah dia akan tunjuk buku ni sebagai bukti. Masa ni aku makan semangkuk je walaupun leh tambah free, Sebabnya aku seronok dengar fakta-fakta yang En Leman Dawi ni cerita hehe

Dah selesai makan cendol Leman Dawi dan dengar banyak info dari En Leman Dawi kita, so tibalah masa kami berundur diri. Sebelum tu kitorang sempat ambil gambar bersama En Leman Dawi ni sebagai kenangan. Misi daki gunung dah berjaya, misi cendol leman dawi pun dah berjaya. Alhamdulillah semua misi berjaya hehe...So tibalah masa kami berangkat pulang ke rumah untuk menjalankan aktiviti dan tanggungjawab kami seperti biasa..

Kedai cendol Leman Dawi ni memang recommended untuk datang. Sambil menikmati cendol anda boleh menambah ilmu sejarah anda. Sekiranya ada tersalah tutur kata maaf dipohon. Segala yang buruk itu datang dari aku dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Wassalam

Ekspedisi (XPDC) ke Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 23 November 2013, aku dan rakan-rakan telah membuat satu ekspidisi mendaki gunung datuk iaitu antara enam gunung yang tersohor disenaraikan di Negeri Sembilan (Gunung Angsi, GunungBesar Hantu, Gunung Rembau, Gunung Tampin, Gunung Telapa Buruk dan Gunung Datuk). Kami memilih hari sabtu supaya ada msa untuk kami berehat pada hari ahad sebab kami tau lepas panjat gunung ni conform badan lenguh-lenguh. Ini gunung yang kedua aku naik selepas gunung angsi. Naik ni pun saje je isi masa lapang n disamping tu leh kuruskan badan eheh.Sebenarnya dah lama cadang nak naik gunung ni tapi masing-masing bz so alhamdulillah kali ni jadi rancangan kami.

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kami, di bawah ada sedikit info mengenai Gunung Datuk ini:

Gunung Datuk terletak di Kg. Batang Nyamur, Gadung kira-kira 21km dari pekan Rembau dan 15km dari pekan Tampin. Gunung Datuk mempunyai ketinggian 2,900 kaki dari aras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak gunung akan mengambil masa kira-kira 2jam. Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372. Terdapat laluan (track) semulajadi untuk sampai ke puncak gunung. Daripada puncak gunung, anda boleh melihat laut Selat Melaka sekiranya cuaca baik.

Sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

atau secara ringkasnya seperti di bawah:

Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900kaki / 885m
Tempat : Rembau, Negeri Sembilan
Masa naik : 2 jam +-
Masa turun : 1 jam +-
Tahap Kesukaran : Medium-Easy
Keistimewaan : base camp, tapak kaki Hang Tuah, pemandangan selat melaka(sekiranya cuaca baik)
Jenis Gunung : Hutan Dipterokarp Bukit dan Hutan Dipterokarp Atas
Sejarah Gunung Datuk: Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372.

Pada jam 9pagi kami mulakan perjalanan kami dari kaki bukit. Trek dia agak mencanak dan curam pada sejam pertama perjalanan tapi lepas sejam tu bolehlah dikatakan tak curam dlm 60 darjah. tapi jangan risau.. ramai je budak-budak yang naik..siap boleh berlari. Terasa diri den ni tuo.

Gambar kami bersemangat sebelum nak naik

Sesi briefing dulu oleh orang berpengalaman (baju merah)

Gunung datuk ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sekolah rendah sampai ke warga tua ada yang naik gunung datuk ni. Kitorang ni kira golongan tengah-tengah kot (tak muda sgt tak tua sangat kuikuikui..)

Sambil kami panjat kami ada buat rakaman video

Sebelum nak daki ni, kitorang dah plan orang yang amek video, amek gambar, host, pace setter dan driver akikiki. So masing2 jalankan peranan masing-masing. Aku ditugaskan amik gambar tapi aku guna fon je.

Berehat bergambar sebentar..rasanya ni baru suku perjalanan..air dah habis sebotol dah

Kalau korang nak tau korang dah nak dekat sampai puncak, korang akan nampak batu besar ni...Dokek belakang batu besar ni lah yang korang akan nampak tangga untuk naik ke puncak..jeng jeng jeng

Ada sorang hamba Allah ni siap leh call lagi kat atas gunung nih..leh dapat lagi coverage. So kalau ada sape-sape yang nak punch card tu boleh lah amek masa ni untuk punch card ye akikiki.. Oh ye tidak lupa kepada isteri tersayangku atiqah kerana support dari segi moral untuk join panjat gunung ni hihi mmg supportive #blushing


Kami tunggu nak dekat 10minit kat area basecamp sebab agak sesak kat puncak..sebelum nak sampai ke puncak, pendaki kena panjat tangga untuk sampai ke puncak...bagi sape-sape yang gayat tu memang akan terasa gak lah kegayatan dia tu. Tips nak kurangkan gayat tu..pandang depan je..pandang batu and tangga tu hehe..InshaAllah kurang gayat tu

Haa..nilah tangga yang kami kena lalui...ni baru 1st stage ye..ada lagi satu stage yang agak menyeramkan

Haa..sebelum nak naik tangga lagi..rehat tangkap gambar dulu sementara nak tunggu orang yang dah sampai kat puncak turun..ikut turn ye



Haa gambar atas ni view dari bawah sementara kitorang nak naik tunggu giliran..bagi yang gayat tu pandang depan je..jangan pandang bawah

Haa..ni view dari atas puncak..masa kitorang naik macam jerebu sket so tak nampak clear sangat...So tibalah masa untuk ambik gambar kenangan kat puncak

 Alhamdulillah kami dapat sampai ke puncak..seriously view memang cantik..kalau nak compare gunung datuk dengan gunung angsi, gunung datuk lagi cantik view dia

Cukup korum 1 group kami..yeahhhh!!!

So sampai disini je bebelan aku untuk nak kongsi pengalaman kami menaiki gunung datuk ni, Sekiranya ada salah silap atau kata maaf diucapkan. Mana yang baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu dari aku sendiri..Wassalam



THE END

Wednesday, 14 August 2013

Berbuka Puasa di Red Wok, Bangi

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun dah 7 hari kita beraya, tapi aku nak share pengalamn best aku n the geng kat Red Wok bangi. Kalau sebut je Red Wok mesti orang akan terbayangkan steamboat dia..memang terbaik. 

Kitorang buat buka puasa ni masa nak dekat raya dah pun..masa tu 3 Ogos 2013 (ingat tarikh sebab aku yg organise eheh)..Siap ada poster n tema lagi..harga tu cas lebih sbb knonnya nak tambah menu ala carte lain ..tapi yg dah sedia ada pun tak termampu nk abiskan...(ikut nafsu le katakan :p)



Kitorang pilih sizzling steamboat. Kat Red Wok ni ada 2 pilihan untuk steamboat, normal steamboat or sizzling steamboat. Beza sizzling steamboat ni dengan normal steamboat ni just sizzling steamboat ni dia ada tempat bakar je macam gambar kat bawah ni..Kalau tak nak makan steamboat n rasa rugi korang leh pilih ala carte dari menu yg diorang ada



Total yg join berbuka kali ni 31 org (termasuk pasangan) memang meriah gak ar. Harga dia of course mahal sket dari yg biasa..Bulan puasa pun harga dia lain sket dari hari biasa..ni aku masukkan skali promosi Red Wok untuk bulan puasa 2013



So stakat tu je post aku pasal majlis buka puasa tahun ni,,kat bawah ni gambar2 kitorang di Red Wok..memang lazat ;)
Sizzling Steamboat

Hana yang comey

Red Wok Restaurant

Preparation before berbuka..busy nye


Sume merah wok..

Berebut org nak dukung hana yg comey :)

Masa ni half time..tengah rehat pastu nk sambung 2nd half..sume pkai merah..mmg supportive

Pasangan masing2

Sesi berborak


Aku bersama ank prempuanku aqeelah ;) mummy masa ni tengah beratur amek mkanan lg

p/s: Thanks kpd rakan2 yg menjayakan samada secara langsung n tak lungsung n kepada ajk yg byk tolong..insyaAllah tahun depan kita buat lagi..Adios..Wassalam






Hellooo

Assalamualaikum w.b.t

Finally..aku berjaya create blog aku sendiri sebab sebelum ni aku hanya dapatkan info dari blogger2..sometimes we need to share happiness, sadness of our life ye dok. Sebenarnya banyak kelebihan berblog ni, bukan je untuk berkongsi ilmu or pendapat, kita pun boleh menambah kenalan, mendapatkan kerja, meluaskan rangkaian bisnes dan sebagainya...so aku ada baca kat link ni (http://www.incomediary.com/biggest-blogging-benefits) kelebihan berblog ni..



hopefully korang2 yang rajin baca blog aku ni rajin2 la bg pandangan , kritikan(membina) atau nasihat utk aku...maklumler newbie kan...k thanks...adios...........