Pada 23 November 2013, aku dan rakan-rakan telah membuat satu ekspidisi mendaki gunung datuk iaitu antara enam gunung yang tersohor disenaraikan di Negeri Sembilan (Gunung Angsi, GunungBesar Hantu, Gunung Rembau, Gunung Tampin, Gunung Telapa Buruk dan Gunung Datuk). Kami memilih hari sabtu supaya ada msa untuk kami berehat pada hari ahad sebab kami tau lepas panjat gunung ni conform badan lenguh-lenguh. Ini gunung yang kedua aku naik selepas gunung angsi. Naik ni pun saje je isi masa lapang n disamping tu leh kuruskan badan eheh.Sebenarnya dah lama cadang nak naik gunung ni tapi masing-masing bz so alhamdulillah kali ni jadi rancangan kami.
Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kami, di bawah ada sedikit info mengenai Gunung Datuk ini:
Gunung Datuk terletak di Kg. Batang Nyamur, Gadung kira-kira 21km dari pekan Rembau dan 15km dari pekan Tampin. Gunung Datuk mempunyai ketinggian 2,900 kaki dari aras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak gunung akan mengambil masa kira-kira 2jam. Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372. Terdapat laluan (track) semulajadi untuk sampai ke puncak gunung. Daripada puncak gunung, anda boleh melihat laut Selat Melaka sekiranya cuaca baik.
Sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
atau secara ringkasnya seperti di bawah:
Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900kaki / 885m
Tempat : Rembau, Negeri Sembilan
Masa naik : 2 jam +-
Masa turun : 1 jam +-
Tahap Kesukaran : Medium-Easy
Keistimewaan : base camp, tapak kaki Hang Tuah, pemandangan selat melaka(sekiranya cuaca baik)
Jenis Gunung : Hutan Dipterokarp Bukit dan Hutan Dipterokarp Atas
Sejarah Gunung Datuk: Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372.
Pada jam 9pagi kami mulakan perjalanan kami dari kaki bukit. Trek dia agak mencanak dan curam pada sejam pertama perjalanan tapi lepas sejam tu bolehlah dikatakan tak curam dlm 60 darjah. tapi jangan risau.. ramai je budak-budak yang naik..siap boleh berlari. Terasa diri den ni tuo.
Gambar kami bersemangat sebelum nak naik
Sesi briefing dulu oleh orang berpengalaman (baju merah)
Gunung datuk ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sekolah rendah sampai ke warga tua ada yang naik gunung datuk ni. Kitorang ni kira golongan tengah-tengah kot (tak muda sgt tak tua sangat kuikuikui..)
Sambil kami panjat kami ada buat rakaman video
Sebelum nak daki ni, kitorang dah plan orang yang amek video, amek gambar, host, pace setter dan driver akikiki. So masing2 jalankan peranan masing-masing. Aku ditugaskan amik gambar tapi aku guna fon je.
Berehat bergambar sebentar..rasanya ni baru suku perjalanan..air dah habis sebotol dah
Kalau korang nak tau korang dah nak dekat sampai puncak, korang akan nampak batu besar ni...Dokek belakang batu besar ni lah yang korang akan nampak tangga untuk naik ke puncak..jeng jeng jeng |
Haa gambar atas ni view dari bawah sementara kitorang nak naik tunggu giliran..bagi yang gayat tu pandang depan je..jangan pandang bawah
Haa..ni view dari atas puncak..masa kitorang naik macam jerebu sket so tak nampak clear sangat...So tibalah masa untuk ambik gambar kenangan kat puncak
Alhamdulillah kami dapat sampai ke puncak..seriously view memang cantik..kalau nak compare gunung datuk dengan gunung angsi, gunung datuk lagi cantik view dia
Cukup korum 1 group kami..yeahhhh!!!
So sampai disini je bebelan aku untuk nak kongsi pengalaman kami menaiki gunung datuk ni, Sekiranya ada salah silap atau kata maaf diucapkan. Mana yang baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu dari aku sendiri..Wassalam
THE END
No comments:
Post a Comment