Tuesday, 26 November 2013

Cendol Leman Dawi memang TERBAIK!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post kali ni aku nak cerita aktiviti kitorang selepas daripada ekspedisi mendaki gunung datuk (post sebelum ni). Bayangkan lepas dah penat mendaki tu..badan terasa letih dan penat..memang terbaik kalau tekak dapat rasa benda sejuk..afuhh..nyamannn...

Ok straight to the point...aku nak cerita berkenaan CENDOL...yeaa cendol.Sebenarnya dalam perjalanan nak ke gunung datuk, kawan aku ada cerita pasal cendol leman dawi. Kawan aku kata sampai masuk majalah 3. Yang istimewanya si hamba Allah ni (Leman Dawi) boleh bercerita mengenai keluasan kawasan, kepadatan penduduk dan sebagainya. Memang terkejut aku dengar pasal ni. So kitorang dah decide nak singgah cendol leman dawi lepas mendaki gunung.

Aku ni memang suka merasa benda yang special yang ada kat sesuatu tempat. So jom kita terjah..

Inilah rupa bentuk kedai cendol leman dawi ni..sesak gak bila sampai-sampai tu. Perjalanan mengambil masa dalam 15 min dari gunung datuk. Keistimewaan tempat ni bukan saja dapat dengar dan tengok skil encik leman dawi ni berceloteh pasal sejarah dan geografi malaysia, tapi cendol yang kita beli boleh ditambah dengan percuma...apa??!! percuma??!! yess..percuma hehe

Bila sampai je kat situ, kami tak cari meja dulu tapi pegi cari cendol dulu hahaha sebab kawan aku kata cendol dia kadang-kadang leh habis. Kami pun apa lagi...CENDOL PULUIK SATU!!

 Haa..lepas dah dapat tempat duduk n layan cendol tu...emm nyam nyam...tiba-tiba ada dengar suara seorang pakcik yang tak berhenti cerita pasal sejarah Malaysia. Memang mulut ternganga, mata tengok pakcik tu tapi tangan tak berhenti suap cendol dalam mulut hehe. Kami kagum dengar pakcik tu cerita.

Pakcik yang aku cerita ni namanya Leman Dawi, sama nama dengan kedai cendol ni. Cara pakaian macam askar dan ada name tag kat apron En Leman Dawi ni, Rasanya kami je yang layan En Leman Dawi ni. Kitorang tanya macam-macam soalan kat En Leman Dawi ni sebab nak tau banyak benda eheh. Maklumler SPM dapat sejarah teruk.

Gambar kat atas ni kawan aku syawal jufri, bertanyakan mengenai Taiping tapi En Leman Dawi ni cerita pasal Taiping macam dah takde noktah. Lepas je En Leman Dawi ni terangkan pasal Taiping, dia siap tunjuk bukti apa yang dia ceritakan tu. Memang sejibik! fakta yang dia cerita tu.

Yang ni pulak, Zharif Ghazali bertanyakan pasal Gombak. Hehe disebabkan kitorang je yang banyak tanya, En Leman Dawi banyak bercerita dengan kitorang. En Leman Dawi ni memang friendly and banyak ilmu tentang sejarah dan geografi yang dia tau. Terasa kagum dengan makhluk ciptaan Allah ni.

Kalau nak tengok sedikit sedutan En Leman Dawi kita ni bercerita pasal sejarah gombak, klik video kat bawah ni . Video ni aku rakam masa En Leman Dawi cerita mengenai gombak. Korang leh tengok kepetahan En Leman Dawi dalam video ni:


Nilah buku En Leman Dawi yang aku maksudkan tu. Selepas je En Leman berceloteh pasal fakta sejarah dia akan tunjuk buku ni sebagai bukti. Masa ni aku makan semangkuk je walaupun leh tambah free, Sebabnya aku seronok dengar fakta-fakta yang En Leman Dawi ni cerita hehe

Dah selesai makan cendol Leman Dawi dan dengar banyak info dari En Leman Dawi kita, so tibalah masa kami berundur diri. Sebelum tu kitorang sempat ambil gambar bersama En Leman Dawi ni sebagai kenangan. Misi daki gunung dah berjaya, misi cendol leman dawi pun dah berjaya. Alhamdulillah semua misi berjaya hehe...So tibalah masa kami berangkat pulang ke rumah untuk menjalankan aktiviti dan tanggungjawab kami seperti biasa..

Kedai cendol Leman Dawi ni memang recommended untuk datang. Sambil menikmati cendol anda boleh menambah ilmu sejarah anda. Sekiranya ada tersalah tutur kata maaf dipohon. Segala yang buruk itu datang dari aku dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Wassalam

1 comment: